TERBARU

(Gambar) Alahai Manjanya Datuk Siti Nurhaliza Bersama Datuk K

(Sumber Berita & Gambar: AppleGirl dari Forum Terulung Cari.com.my)

Alahai siapalah yang tidak cemburu dengan pasangan romantis ini. Tahun 2009 di’tutup dengan aksi manja makan bersuap.

Bukan tidak ada pasangan lain buat perkara yang sama, cuma jika public figure seperti Datuk K & Siti Nurhaliza yang buat, lebih signifikan.

Gambar ini di’ambil ketika Siti Nurhaliza & Datuk K menghadiri majlis perkahwinan sepupu Siti Nurhaliza.

Cumanya dalam gambar yang baru ini, Datuk K nampak seperti lebih tua dari sebelum ini. Mungkin sampai masa untuk Siti Nurhaliza groom semula imej Datuk K.

Lagi gambar mereka selepas ini. Datuk Siti Nurhaliza tunjuk bakat menyolek wajah pengantin. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Video) Jimmy Shanly Ambil Peluang Bermanja Bersama Diana Danielle

Melihat video sedutan Trek Selebriti terbaru, nampak kemesraan yang wujud antara mereka.

Jimmy Shanly menjemput Diana Danielle untuk menjadi tetamu kepada rancangan hits beliau Trek Selebriti & kelihatan Jimmy Shanly tidak mahu melepaskan peluang.

Kemesraan yang wujud antara mereka jelas terpancar apabila Jimmy Shanly tidak segan silu melayan Diana Danielle seperti kekasih hati.

Mungkin di’luar kaca TV mereka memang sedia rapat & tidak kisah jika kemesraan mereka terbawa-bawa ke kaca televisyen.

Video penuh Jimmy Shanly bermanja bersama Diana Danielle dalam Trek Selebriti selepas ini. Teruskan Membaca →

Selebriti Video

Good Morning, Awal Ashaari!

UPDATE: Awal Ashaari Akan Adakan Sidang Media Malam Ini (mStar Online)

Selamat pagi Awal Ashaari! Bagaimana hari anda 24 jam yang lalu, dengar kata kamu jalani terapi untuk tenangkan diri.

Jangan risau, dunia belum berakhir dek kerana insiden malam kelmarin. Jika ada peminat tanya, jawab’lah sejujur mungkin.

Kami ada perasaan yang sangat kuat yang Fahrin Ahmad ketika ini sedang geli perut melihatkan apa yang terjadi selepas kamu mendakwa beliau sebagai gila seks.

Jika ada wartawan tanya juga tentang Scha al-Yahya, jawab juga sejujur mungkin. Jangan biar kata-kata makan diri sendiri selepas ini.

Untuk selebriti urban seperti kamu Awal Ashaari (mahu pun Scha al-Yahya, Qi, Juliana Evans), pergi clubbing bukanlah perkara besar untuk kami.

Kami akan tetap tonton final Sehati Berdansa atau mana-mana karya lakonan kamu semua. Kami tidak ramai artis berbakat sebagai pilihan.

Yang ikhlas, penulis blog gossip yang masih sayangkan kamu Awal Ashaari (dan yang lain-lain). Kamu semua masih awesome.

News Selebriti

Saya Terpaksa Buka Tudung Untuk Cari Rezeki – Anne Ngasri

Niat tidak menghalalkan cara. Itu yang selalu kita dengar.

Dilema sebenarnya para pelakon yang kuat niat untuk bertudung tetapi terpaksa akur kepada tuntutan kerja.

Tetapi, tidak mustahil sebenarnya untuk terus menerima tawaran sekalipun bertudung penuh.

Wardina contoh terbaik, semakin murah rezeki beliau setelah bertudung & kini lebih di’hormati dan popular.

Anne Ngasri dalam satu kenyataan terbaru melalui mStar Online berkata, hati beliau sudah terbuka untuk bertudung seperti mana tuntutan Islam.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”

Namun untuk projek terbaru beliau, Mayang Mengurai, beliau terpaksa membuka tudung atas tuntutan watak & dengan niat mencari rezeki.

Di’sebalik itu semua Anne Ngasri masih berharap yang satu hari nanti beliau akan mampu untuk bertudung penuh di’dalam atau luar drama.

News Selebriti

Bukan Yang Kedua, Zizie Ezette Adalah Isteri Keempat!

Satu per satu berita sensasi menerjah hari Sabtu nan indah ini.

Cik Andalusia kita dari Gua.com.my membawakan perkhabaran sensasi ini melalui seorang kawan’nya.

Selepas teka-teki perkahwinan Zizie Ezette dengan Datuk Bung Moktar terungkai, kini ada satu lagi persoalan timbul di’fikiran para peminat.

Betulkah Zizie Ezette isteri kedua Bung Moktar? Kawan Cik Andalusia memberitahu yang Zizie Ezette sebenarnya adalah isteri keempat.

Begitu sekali Zizie Ezette sanggup di’madukan. Bukan seorang, malah berkongsi kasih suami dengan tiga wanita lain.

Entah apa yang di’janjikan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada Zizie Ezette sehingga sanggup beliau menerima status isteri keempat.

Kami berharap keputusan yang Zizie Ezette buat hari ini bukan berdasarkan emosi & desakan hawa nafsu semata-mata. Kami hanya mampu doakan yang terbaik.

Gossip Selebriti