(Gambar) Siti Nurhaliza & Konsert Sejuta Warna Anjuran Hai-O
October 22, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News, Photos

Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna.
Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di’bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.
Konsert Sejuta Warna yang di’anjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di’anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O. Read more
Nia Ramadhani Bakal Berkahwin Anak Usahawan Tahun Hadapan
October 17, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
Untung bergelar selebriti, berkahwin dengan individu bergelar usahawan atau anak usahawan berjaya bukan sesuatu yang mustahil.
Nia Ramadhani, setelah berpisah dengan vokalis Samsons tidak lama dahulu, kini sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah percintaan zaman remajanya.
Bakal suaminya adalah anak salah seorang usahawan berjaya & terkenal Indonesia Aburizal Bakrie, Ardie Bakrie.
Menurut kaka kandung Nia Ramadhani, Dicky Ramadhani, Ardie sudah memaklumkan kepada beliau keinginannya untuk memperisterikan Nia Ramadhani sejak 2 bulan lalu.
Nia Ramadhani & Ardie di’khabarkan akan bernikah pada April 2010 iaitu hampir dengan tarikh lahir Nia Ramadhani sendiri. Pasti perkahwinan ini akan membawa makna tersendiri buat beliau.
Langkawi Tidak Perlukan Jambatan – Tun Mahathir
October 17, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News

Okay. Mari mulakan post di’sini setelah lama menghilang dengan berita dari Pulau Langkawi.
Hari ini Tun Mahathir memberi pandangan yang Pulau Langkawi tidak memerlukan sebarang jambatan yang menghubungkan pulau pelancongan itu dengan tanah besar.
Isu jambatan ini timbul setelah Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad menyarankan kerajaan membina jambatan atas permintaan penduduk Pulau Langkawi sendiri.
Alasan’nya adalah kerana memudahkan urusan penduduk Langkawi untuk ke tanah besar & menjimatkan kos pengangkutan.
Maaf penduduk Pulau Langkawi, aku sebagai salah seorang peminat besar Pulau Langkawi terpaksa bersetuju dengan saranan Tun Mahathir.
Bukan sahaja Pulau Langkawi bakal di’penuhi kereta luar, malah sampai satu masa nanti, Pulau Langkawi akan hilang nilai eksklusif sebuah pulau pelancongan. Sumber: Utusan Malaysia
(Gambar) Megan Fox Dalam Majalah DIVA Edisi November 2009
October 5, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos
Diva adalah majalah gaya hidup lesbian dan pastinya tidak di’terbitkan di’Malaysia. Abaikan terma lesbian itu & fokus kepada hot factor yang ada pada Megan Fox. Klik gambar untuk besarkan. Enjoice! Read more
Ungu Sedang Merancang Konsert Amal Untuk Mangsa Gempa Bumi
October 5, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News

Kami merasa cukup bersimpati dengan bencana alam yang menimpa Sumatera Barat yang sehingga ini mencatat kematian ratusan rakyatnya.
Mungkin ada hikmah yang lebih besar untuk rakyat Indonesia atas semua ini. Kumpulan Ungu turut merasakan yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mangsa gempa bumi di’sana.
Menurut Pasha, Ungu turut bersedih dengan apa yang menimpa kerana angka kematian yang tinggi. Tidak duduk diam, Ungu merancang untuk mengadakan sebuah konsert amal tidak lama lagi.
Konsert yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terlibat dengan bencana ini sedang dalam perancangan dan masih belum ada tarikh tetap.
Semoga usaha murni kumpulan Ungu ini akan di’sertai band-band Indonesia yang lain’nya kerana pengaruh besar mereka mampu membawa dana lebih besar buat mereka yang tidak bernasib baik.


