(Gambar) Lan Bersama Kumpulan Baru, Azlan & The Type Writer
July 31, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News, Photos

Lan yang sebelum ini di’kenali menerusi band Meet Uncle Hussain (MUH) kini bergerak dengan kumpulan baru bernama Azlan & The Type Writer.
Entah kenapa nama kumpulan ini agak aneh & panjang, namun menurut Lan, nama kumpulan ini nampak lebih serius & mereka menetapkan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.
Azlan & The Type Writer akan muncul dengan album pertama ‘Peta Minda’ awal tahun hadapan.
“Kami sedang menyiapkan album penuh yang sudah siap 70 peratus dan baru menjalani proses ‘mastering’ dan ‘mixing’ dengan memuatkan 11 buah lagu”
“Antara lagu-lagu itu adalah single pertama, ‘Kelibat Si Penyair’, ‘Jiwa’ dan ‘Lipstik, Plastik, Kosmetik’ yang digubah oleh saya dan produser Lake”
Harap kumpulan ini mampu mengumpul peminat sebagaimana ketika Lan bersama MUH. Lagi gambar dari mStar Online selepas ini. Read more
(Terkini!) Noniswara Sah Kahwini Datuk Rosman Malam Ini
July 31, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
Rindu aku? Heh. Berita yang di’bawakan Budiey awal pagi tadi mengesahkan yang Noniswara akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Datuk Rosman malam ini.
Perkahwinan dengan Datuk Rosman yang merupakan pengerusi U-Mobile adalah perkahwinan kedua Noniswara. Namun begitu, pelakon hangat ini masih berdebar.
Majlis akan berlangsung selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 1 Ogos di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Tahniah buat kedua-dua mereka & kami doakan perkahwinan kali ini kekal buat selamanya. Noniswara & Datuk Rosman berjiwa usahawan, di’situ mungkin chemistry mereka.
Sony Akan Terbitkan Michael Jackson: The Movie Sebelum 2010
July 20, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News
Sony Pictures di’khabarkan berada dalam fasa perbincangan terakhir untuk menerbitkan sebuah filem bertemakan kehidupan Michael Jackson.
Filem tersebut yang masih belum mempunyai tajuk akan mengandungi sebahagian dari rakaman 80 jam latihan konsert ‘This Is It’.
Sony juga di’khabarkan membayar sejumlah USD$50 juta kepada AEG Entertainment yang memiliki hak ke’atas video terbabit.
Jurucakap berkata filem ini akan turut mengandungi sebuah video versi baru untuk Thriller yang di’rancang untuk ditayangkan ketika konsert Michael Jackson.
Fox, Universal, Paramount dan Relativity Media juga berminat untuk menerbitkan filem ini tetapi hak menjadi milik Sony kerana kebanyakan lagu Michael Jackson di’pegang oleh pihak Sony.
Kenny Ortega (High School Musical 3: Senior Year) akan mengarahkan filem ini dan akan terbit sebelum 2010 mengikut perancangan.
(Gossip) Zul, Suami Isma AF7 Kahwin Kali Kedua di Thailand?
July 20, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip

Angin tiada ribut tiada tiba-tiba seorang wartawan akhbar tempatan menulis tentang seorang komposer yang sudah senyap-senyap berkahwin lain di Pattani, Thailand, Januari lalu.
Hint yang di’beri oleh penulis artikel tersebut ialah isterinya seorang penyanyi yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni. Mesra seperti pasangan baru berkahwin walaupun mempunyai ramai anak.
Dengar cerita juga, komposer ini menanggung hutang bil telefon yang mencecah ratusan ribu ringgit kerana duduk berjauhan.
Namun setelah populariti isteri’nya mula mencanak, komposer ini di’katakan mula mengabaikan tanggungjawab dengan isteri barunya.
Penyanyi itu juga pernah di’hubungi media namun kenyataan ini di’nafikan sekeras-kerasnya. Kita tunggu sahaja perkembangan berita ini, mana tahu akan keluar Melodi.
Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular
July 20, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.
Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)
Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.
Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

