TERBARU

Sarimah Ibrahim & Suami Bercerai

Sarimah & Amir

Sarimah Ibrahim yang mengahwini Amir Andrew Abdullah, 38 pada tahun 2006 di Dublin, Ireland hari ini mengesahkan yang mereka sudah tidak sehaluan.

Hubungan mereka mula terganggu sehingga mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah sementara pada penghujung 2008, namun semuanya tidak dapat merubah apa-apa.

Sarimah menafikan yang wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka & jalan ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

“Jodoh kami sebagai suami isteri yang tidak panjang, jadi usah menganggap yang bukan-bukan mengenai perceraian kami kerana setiap orang mengimpikan kebahagiaan”, kata Sarimah Ibrahim kepada media.

InsyaAllah, akan ada hikmah untuk Sarimah Ibrahim & Amir dari semua ini. Maklumat lanjut & berita penuh di Harian Metro Online.

News Selebriti

(Gambar) Akhil Hayy Sindir Maizawati, Enggan Ulas Isu Rumahtangga

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil ada menyebut dalam nada sinis ‘siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media’ sambil tergelak. Dan, kita sedia maklum sindiran itu di’tujukan terus buat Maizawati.

Akhil Hayy yang ditemui media selepas Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini enggan mengulas lanjut tentang isu rumahtangga beliau kini. Teruskan Membaca →

News Selebriti

(Gambar) Perkahwinan Serba Putih Nana Era & Brian Hitz.fm

Serba putih majlis perkahwinan Nana & Brian yang pada aku sama cantik sama padan. Kedua-dua pengantin nampak lebih berseri dari biasa.

Mungkin itu seri pengantin bak orang kata. Maklumat lanjut akan menyusuk. Lagi gambar penuh & hantaran selepas ini.. Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Mantera: Tomok Jadi Superhero Bersama Heroin Russia

Tomok

Juara One in a Million musim lalu, Tomok telah disahkan untuk berlakon dalam sebuah filem live action bertajuk Mantera.

Filem usahasama antara Flare Studio Sdn Bhd & Spacetoon Russia LLC ini akan memakan belanja tidak kurang dari USD250,000.

Filem ini adalah juga hasil inisiatif FINAS yang mahukan filem Malaysia setanding dengan filem antarabangsa yang lain. Oleh itu, pemilihan kerjasama dengan Spacetoon dilihat sebagai satu rancangan yang strategik.

Jika Tomok ingin menjadi superhero dan menerima sambutan seperti dalam One in a Million, Tomok perlu bekerja keras membina badan supaya tidak menjadi Cicakman — superhero papan sekeping.

Dan berkenaan heroin dari Russia itu, harapnya dapatlah pelakon yang berkualiti. Jangan main hantar saja sesiapa dari Russia & claim filem Malaysia ada pelakon antarabangsa.

News Selebriti

Konsert Solo ‘Lelaki Ini’ di Istana Budaya: Pencapaian Terbesar Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni tanah air & kini beliau akan mengadakan konsert solo pertamanya di Istana Budaya.

Konsert yang akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan akan disampaikan dalam 3 segmen berbeza dengan jumlah 20 lagu yang pasti membuai perasaan.

Konsert ‘Lelaki Ini’ ini bakal menghangatkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 1 hingga 2 Julai 2009.

Tiket berharga dari RM25, RM80, RM150, RM180 dan RM250 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara online melalui www.ticket2u.biz.

Aku harap akan ada pihak mengambil inisiatif merakamkan konsert ini dalam High Definition (HD) dan kualiti bunyi yang tinggi.

News Selebriti