(Gossip) Awal Ashari Bercinta Dengan Cristine Reyes?

Ya. Ini adalah gambar Cristine Reyes & Awal Ashari mengakui yang beliau jatuh hati dengan bintang lakonan Filipina ini.

Tidak perlulah letak gambar Awal Ashari, semua orang kenal mungkin. Google jika masih keliru.

Dalam satu kenyataan kepada media, Awal Ashari menyebut Cristine Reyes sebagai seorang yang cantik & ‘happy go lucky‘.

Sifat remaja Cristine Reyes itulah yang membuatkan beliau jatuh hati. Tetapi, adakah perkara yang sama terjadi di’pihak Cristine Reyes?

Kenyataan media penuh Awal Ashari selepas ini. Jika Awal boleh miliki Cristine Reyes, aku memang salute. Teruskan Membaca

Gambar Terbaru Rita Rudaini & Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini.”

“Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.

Maka selepas ini harapnya tiada lagi suara-suara nakal yang mengusik ‘pengantin baru’ ini. Semuanya sudah di’jalankan dengan sah & mengikut hukum.

Dalam gambar terbaru mereka, pasangan sensasi ini nampak seperti pasangan normal. Tidak mengelak media atau jurugambar. Begitu’lah selebriti yang kita mahu. Gambar ihsan mStar Online.

Radhi OAG Dikenakan Waran Tangkap

Apalah penyakit penyanyi alternatif berbakat Malaysia yang seorang ini. Lari dari masalah bukan boleh selesaikan masalah.

Jika 10,000 kali pun Radhi OAG enggan melepaskan isterinya Shazlin Sharif, biarlah ia di’selesaikan di’mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG setelah beberapa kali gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes.

Waran tangkap ini di’minta sendiri oleh peguam Shazlin Sharif. Harap-harap Radhi OAG boleh menyerah diri dan selesaikan secara baik. Kasihan anak yang masih kecil.