fbpx

Dek kerana Malaysia sekali lagi berhenti menjadi produktif dek kerana bekerja hanya tiga hari, maka kami sajikan kisah selebriti yang agak sendu. Kisah’nya.

Siapa tidak kenal Najwa Latif hari ini? Semenjak popular dengan lagu ‘berhantu’ Cinta Muka Buku sehingga layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 26, gadis ini seperti tidak mahu berhenti.

Kisah terbaru ada terdengar yang Najwa Latif kini sudah pun jadi pemilik sebuah kereta Perodua MyVi yang beliau beli secara tunai.

Untung badan muda muda begini sudah mampu membeli barangan berharga tinggi seperti kenderaan dengan tunai. Sekurang kurang’nya beban hutang kepada bank tidak berlaku di usia muda. Eh, mahu dengar gossip Najwa Latif? 

Khabar’nya, ketika berlangsung pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 26 baru baru ini, Najwa Latif dan kumpulan yang mengiringi beliau menerima cabaran mental & emosi yang agak dahsyat dari penyanyi senior yang ada.

Menurut sumber kami, Najwa Latif seakan akan di’ejek oleh beberapa penyanyi wanita di’belakang pentas kerana mereka merasakan anak muda itu belum layak untuk bersama mereka di’atas pentas AJL26. Hmm.