fbpx

Hattan Terima Darjah Kebesaran Pahang & Membawa Gelaran Datuk. Tahniah?

Sebagai pesanan manja, logik tidak di’perlukan untuk anda menerima beita ini bulat bulat. Penyanyi popular sekitar tahun 90’an dan kini popular dengan kontroversi, Hattan kini bergelar Datuk Hattan. See, no logic required. Na’ah.

Awal pagi tadi, Hattan atau nama sebenar beliau Mohd Sukri Shahabudin telah di’kurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan.

Kami kehabisan perkataan untuk di’tulis dan editor kami kini mula bercita cita untuk mendapat gelaran yang sama. Eh. Gambar penuh dari laporan asal Berita Harian selepas ini. Sekalung tahniah buat Datuk Hattan.