fbpx

Boleh ya kami tulis tentang atlet bertaraf selebriti ini? Kami di’sini berharap peminat Khairul Fahmi Che Mat (Apex) sudah menerima kenyataan yang beliau merupakan seorang selebriti. Gossip on!

Perkembangan terbaru penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia ini ialah beliau terpilih untuk bergelar jurucakap atau model untuk wangian terbaru keluaran SimplySiti, milik Siti Nurhaliza.

Menariknya, dalam temubual baru baru ini bersama Media Hiburan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui yang beliau kini sudah kembali solo & sedang mencari. Heh.

Sedang mencari itu kami tambah sendiri tetapi kenyataan’nya, Khairul Fahmi Che Mat sendiri mengakui yang beliau kini sudah tidak mempunyai apa apa hubungan dengan model sambilan, Dahlia Teck. 

Khairul Fahmi Che Mat juga berkata beliau tidak mahu peminat berspekulasi & mengaitkan Leuniey Natasha dengan apa yang terjadi antara beliau dan Dahlia Teck — selain kini mahu menumpukan lebih perhatian kepada keluarga juga kerjaya beliau sebagai wakil negara.