fbpx

Anuar Zain Bakal Terbitkan Album Baru Ziana Zain, Tidak Akan Berduet

Lama sebenarnya peminat dunia muzik tanah air mahu melihat gandingan adik beradik ini menjadi satu kenyataan namun sehingga hari ini paduan suara mereka hanya boleh kita dengar di’pentas pentas persembahan.

Tidak melihat kemungkinan untuk berduet, Anuar Zain baru baru ini mengumumkan yang beliau akan menerbitkan album terbaru kakak beliau Ziana Zain tidak lama lagi.

Jejaka yang terkenal dengan nilai eksklusif beliau ini tidak memberikan maklumat terperinci akan projek album baru Ziana Zain namun berkata mereka berdua akan menampilkan sesuatu yang segar dan selera muzik berbeza.

“Saya mahu melihat Ziana tampil dengan muzik yang sedikit berbeza. Bukan mahu mengubah acuan yang telah dibentuk oleh Ziana sejak dari awal dia menyanyi tetapi tidak salah kalau kita menampilkan kelainan,” ujar Anuar Zain.

Di’tanya sama ada beliau bakal tampil dengan lagu duet khas bersama Ziana Zain, Anuar Zain menjawab yang vokal mereka berdua sebenarnya tidak mencapai tahap keserasian & boleh menimbulkan suasana bising. 

Anuar Zain turut berpendapat yang Azlan dari Azlan & The Typewriter merupakan gandingan Ziana Zain paling sesuai ketika ini dan beliau mahu gandingan ini di’kekalkan. Adakah akan ada lagu duet Ziana Zain & Azlan? (Kredit Foto & Info: Utusan Malaysia)