fbpx

15 Tahun Tak Hamil, Didie Alias Kekok Pegang Bayi

Pelawak dan pelakon komedi, Didie Alias yang ditemui buat pertama kalinya di sesi sidang media Anugerah Lawak Warna, selepas beberapa bulan yang lepas mengalami proses berpantang kini telah selamat melahirkan bayinya yang comel, yang diberi nama Muhammad Dayyan.

Dia yang memberitahu setelah 15 tahun tidak melahirkan anak agak kekok apabila buat pertama kalinya memegang bayi itu.

“Sudah 15 tahun saya tidak mempunyai bayi dan sekarang ini cuba perbetulkan keadaan itu. Saya melahirkan bayi ini melalui proses pembedahan bukannya bersalin secara normal.Rutin awal ketika itu, memang saya agak kekok apabila mula-mula mahu menyusukan bayi dan banyak benda berulang kembali lagi pula mendapat bayi lelaki yang membuatkan suami dan saya sendiri begitu teruja kerana anak bongsu saya sebelum ini merupakan seorang perempuan,” katanya

Turut menjelaskan bahawa kesihatan bayi lelakinya itu di tahap baik dan sihat. Bagaimanapun buat seketika Didie akan memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya itu kerana masih menyusu badan. Segala undangan majlis-majlis korporat tetap akan diterimanya kerana masa yang diambil untuk menjayakan sesuatu persembahan itu agak sekejap berbanding di lokasi penggambaran.

Anak Anak Bergaduh, Berebut Mahu Jaga Adik Baru

“Alhamdulillah, buat masa sekarang bayi saya sihat dan tak putus-putus sehingga sekarang orang mengucapkan tahniah. Buat pertama kalinya selepas bercuti beberapa bulan saya akan muncul dalam Super Spontan pada Jumaat ini. Tawaran lakonan sekiranya telemovie saya akan pertimbangkan kerana masa yang diambil dalam proses penggambaran tidaklah terlalu lama berbanding drama bersiri. Undangan majlis korporat tetap akan saya jayakannya,” tambahnya.

Didie turut beritahu bahawa dia masih mengamalkan amalan tradisional dalam proses berpantang seperti membengkung perut, mengurut dan sebagainya.

“Saya berpantang masih mengikut adat tradisional seperti membengkung dan mengurut,” ujarnya ringkas. Tambahnya lagi, suaminya agak teruja dengan kelahiran bayi lelakinya ini kerana zuriat inilah merupakan salah satu pewaris untuk dirinya.

Sementara itu, dia juga berkata anak-anaknya terlalu teruja sehinggakan mereka semua bergaduh untuk menjaga ahli keluarga baru mereka ini.

“Suami saya sungguh teruja kerana tidak menyangka bahawa saya boleh memberikan dia zuriat lagi dan apabila malam dialah yang akan menjaga kerenah anak. Anak-anak saya terlalu teruja sehingga bergaduh hendak menjaga adiknya ini,” katanya sambil tersenyum. (rtky/hfz)